Tuesday, April 19, 2011

Pesanan Mamaku Majidah binti Hj. Hasbullah

Pesanan Mamaku Majidah binti Hj. Hasbullah

Ini adalah pesanan nasihat dari Baba Mama... kepada anak-anak 4 orang ... 

 Solahuddin bin HJ.Abdullah

Haisam bin HJ.Abdullah

 Muhammad bin Hj.Abdullah

Nooh bin HJ.Abdullah
Belajarlah bersungguh-sungguh masa belajar maka belajarlah dengan rajin sabar dan tekun.
Hidup kita persti berwawasan maka wawasan bagi muslimin ada 3 perkara :
  1.  Selamat Di dunia
  2. Selamat Di Akhirat
  3. Selamat dari Azab Kubur
Dengan cara-cara berikut :
  • Memajukan diri sendiri.
  • Memajukan keluarga.
  • Memajukan masyarakat.
Supaya kita tidak lalai dalam hidup di dunia ini maka kita janganlah lupa bahawa tanggungjawab kita ada 3 perkara :
  1. Tanggungjawab terhadap Allah dalam erti kata sempurna rukun Iman rukun Islam dan rukun Ihsan.
  2. Tanggungjawab terhadap sesama maknusia maka maknusia ada 3 peringkat :
  • peringkat tertinggi: seperti ibu bapa, guru-guru, boss, suami dan orang yang lebih dewasa dari kita.
  • peringkat yang sama dengan kita ialah kawan-kawan (rakan sebaya)
  • peringkat yang dalam jagaan kita seperti isteri anak dan cucu, anak murid dan anak kuli
kesimpulan: 
dalam ini kita hendaklah berakhlak mulia dan tunaikan hak masing dengan sempurna
  • Tanggunjawab terhadap diri sendiri ada 3 perkara:
  1. ttubuh badan
    - menjaga tubuh badan dengan makanan yang halal dan toyyib.
    - menjaga sekelian angota seperti mata telinga lidah hidung saluran makan tangan dan kaki dan kemaluan gunalah semua itu kejalan yang di ridhai allah.
  2. hati
    - makanan hati ialah sembahyang yang khusyuk dan zikrulah dan membaca al-quran.
  3. Minda
    - makanan minda ialah ilmu pengtahwan yang di ridhai oleh Allah subha nahu wa taala

oleh itu ayuhai anak-anak yang di kasihi sempernakan tanggungjawab dengan baik.

terima kasih mama..kerana nasihatmu dapat aku pergunakan..semoga Allah merahmatimu..Amin Ya Rob


No comments:

Post a Comment